Profil Sekolah

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama : Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Alamat: Sekolah Kebangsaan Kalumpang,
             44100 Kerling, Hulu Selangor,
             Selangor Darul Ehsan.
Kod Sekolah : BBA 5011
Gred Sekolah: Gred A
Lokasi : Luar Bandar
Guru Besar : Tuan Haji Shaadan bin Manap
Email: bba5011@btpnsel.edu.my
No Tel: 03-60491866
No Fax: 03-60491866 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kalumpang yang asalnya dikenali Sekolah Melayu Kalumpang bermula 04.03.1889 di tapak lamanya yang sekarang ini Pusat Giat Mara Kalumpang.  Pada ketika itu, bilangan tenaga pengajar hanya seramai 2 orang sahaja.  Guru besar pertama ialah Encik. Mohd Ali Meningkabau.

Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu  pada tahun 1941, telah mengakibatkan sekolah ini dijadikan Pusat Tentera Jepun.  Bahasa Jepun telah mula diajar kepada murid-murid tempatan.  Apabila tentera Jepun kalah sekolah Jepun ini pun dimansuhkan.

Pada tahun 1946, sekolah ini ditukar wajah kepada Sekolah Latihan Kalumpang dimana tenaga pengajar terdiri dari pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).  Guru-guru ini dipusatkan ke Kalumpang untuk menerima latihan selama sepenggal dan bertukar lagi pada penggal yang lain dan berterusan hinggalah ke tahun 1954.

Sekolah Kalumpang bertukar wajah sekali lagi pada tahun 1954 kepada Sekolah Umum Kalumpang.  Pada tahun ini dan seterusnya sekolah ini menjadi sekolah guru-guru terlatih tetapi masih menerima guru-guru pelatih dari UPSI.  Ditakdirkan penentangan orang Melayu terhadap Inggeris berjaya dan ini membuka satu lembaran baru kepada sekolah ini.

Pada tahun 1962, sekolah ini kemudian dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kalumpang.  Pada tahun 1975 Sekolah Kebangsaan Kalumpang berpindah ke tapak bangunan yang baru iaitu di kawasan Taman Titiwangsa.

Sekolah ini telah selamat dirasmikan oleh Encik Zainal b. Sakom yang mewakili Menteri Besar Selangor Darul Ehsan pada 1980.  Sekolah Kebangsaan Kalumpang juga dijadikan Pusat Latihan RELA bagi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sejajar keperluan masyarakat dan perkembangan pendidikan keperluan ditambah dari masa ke semasa.  Sehingga kini terdapat 20 buah kelas dan bilik-bilik khas serta kemudahan asas yang mencukupi.




LOGO




VISI


Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti




LAGU SEKOLAH


Tajuk: Ilmu Suluh Kemajuan

Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Tempat kita mendapatkan ilmu
Ilmu suluh kemajuan
Cogankata sekolah kita
Usaha itu tangga kejayaan
Membina ke arah kesejahteraan
Kita harus berusaha
Masa depan kita berjaya
Jasa guru-guru
Kami tetap sanjungi
Berbakti kepada ibu pertiwi
Itulah cita-cita kami
Bahasa Malaysia asas perpaduan
Budaya murni membentuk insan
Arah kesempurnaan
Ilmu suluh kemajuan


COGAN KATA SEKOLAH

Kecemerlang Matlamat Kami


No comments:

Post a Comment